TERMA DAN SYARAT AFFILIATE

Berikut adalah terma dan syarat yang anda persetujui bagi menyertai program affiliate Nak Tarik Pelanggan 2020 (NTP2020) anjuran Momentum Internet.

Pastikan anda baca dengan teliti untuk mengelakkan sebarang masalah atau kekeliruan.

Penyertaan

  • Penyertaan adalah percuma. Anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran untuk menjadi affiliate NTP2020
  • Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  • Setiap affiliate dibenarkan membuka 1 akaun affiliate sahaja dan tidak boleh dipindah milik

Promosi

  • Agen affiliate hendaklah menggunakan teknik promosi yang betul dan tidak memburukkan nama mana-mana pihak
  • Untuk mendapatkan komisen, anda haruslah melakukan promosi secara online mengikut kreativiti anda sendiri.
  • Anda boleh melakukan promosi di mana-mana media sosial, website atau blog anda.
  • Sebarang leads yang masuk secara offline tidak akan dapat dikesan oleh sistem affiliate. Jesteru itu komisen tidak akan direkodkan

Komisen

  • Komisen hanya akan dibayar menggunakan akaun Maybank dan CIMB sahaja.
  • Komisen akan dibayar pada 25 hingga 30 November 2020
  • Pembayaran komisyen akan dibayar ke akaun anda selepas komisyen terkumpul mencecah minimum RM100.00
  • Komisyen adalah RM1/ lead yang bejaya direkodkan dari link khas anda (Link unik anda boleh didapati di tab “Assets”)
  • Momentum Internet akan mengesan pengguna yang telah melawat link unik anda melalui cookie yang akan tamat tempoh selepas 30 hari sahaja. Hanya pengguna yang membuat pembelian semasa cookie masih aktif akan dikira sebagai referral kepada Affiliate dan direkodkan di Dashboard Affiliate anda.

Lain – Lain

  • Agen affiliate tidak dibenarkan untuk membuka lebih daripada 1 akaun affiliate.
  • Agen affiliate tidak dibenarkan mengisi maklumat palsu ke dalam boring leads
  • Sekiranya ia berlaku, komisen yang terhasil tidak akan dibayar dan akaun affiliate akan dibatalkan.
  • Pihak Momentum Internet BERHAK menamatkan penyertaan mana-mana agen affiliate yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Pihak Momentum Internet BERHAK mendakwa mana-mana agen affiliate yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
  • Pihak Momentum Internet BERHAK meminda, membuang atau menambah mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan tanpa persetujuan daripada agen affiliate bergantung kepada keperluan semasa demi kebaikan semua pihak.
  • Kami berhak untuk mengira semula, membatalkan pengesahan atau membatalkan kelayakan pembayaran mana-mana Referral atau Affiliate jika berlakunya penipuan, penyalahgunaan atau apa-apa aktiviti yang salah disisi undang-undang.

Klik Butang di Bawah Untuk Mendaftar:

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2020 ALL RIGHTS RESERVED​